Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Masih....Dalam...Wajar.

by Zaki KARL Esqandar on April 01, 2002 at 05:47:14:



Masih....Dalam...Wajar.


Terdampar akhirnya aku di sini...
di daerah seni yang penuh nanar tapi masih wajar.

Termenung aku sendiri sebentar tadi...
memikirkan hala tuju kehidupan yang penuh mencabar dalam wajar...

Jika 6 tahun lalu aku mulakan satu gerakan yang jitu...
3 dan 4 tahun kemudian aku rasai getar dan mulai merangkak ke penjuru...
Penjuru yang satu...penjuru yang mengandungi wadah hidup aku!

Aku bangga...akhirnya!
Jika mereka berlari untuk mengecapi satu hakikat pengakhiran satu perjuangan, aku pula merangkak perlahan dan ada tikanya aku tersungkur, namun berjaya aku kembali...setelah 6 tahun, dalam wajar!

Kini...aku di daerah seni ini, yang bergelar Senai, mula bergerak ke arah satu kelancaran yang wajar.

Aku tak ingin menoleh kembali pada kegagalan silam atas kesilapan lampau.
Aku ingin berjaya sepertimana mereka yang ada di sini...di daerah seni ini.

Seni pendidikan bukan suatu yang baru untukku, namun aku pasti...inilah tempat untukku...sewajarnya!

Untuk aku mengukir lakaran kehidupan masa hadapan yang masih panjang (Jika Tuhan izinkan),
Untuk aku nukilkan pada kalian kelak...
aku bangga dengan diriku ini, aku bersyukur dengan limpahan nikmatNya Ilahi...
dan...aku bahagia kerana bisa membahagiakan insan-insan yang ku cintai..akhirnya...

Bahagia dalam satu kewajaran!
Terima kasih Tuhan!

........................................
Nukilan;
Zaki Karl Esqandar
Kolej SAL, JB
29 Mac 2002.
zakiesqandar@melayu.net

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti88
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.