home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Malam Ini Teman III

by hanim125 on April 15, 2002 at 08:42:00:



Malam Ini Teman III


 
Malam ini teman?
Ntahlah puisi apa yg ingin kucoretkan
Buatmu yang jauh dimata..
Sebak didada masih terasa
Membaca satu persatu baris puisimu
Tatkala senja mula melabuhkan tirainya?

Buatmu teman teristimewa
Terima kasih tak terhingga?
Kerna pernah membahagiakan aku
Memberi aku mengecapi ?kemekaran kasih sayang
Yang pernah menguntum mewangi
Di lubuk sanubari ini
Walaupun kini ...
Kuntuman kasihku mekar di taman larangan?

Buatmu teman?
Pernah kucuba melupakanmu?
Memadam jua ingatan lalu?
Namun tetap bertandang jua
Tak ingin kuingati peristiwa semalam
Yang mengubah segalanya
Permata bernilai terlepas jua dari genggaman

Setelah semusim kukurung ?
Ingatanku terhadapmu di sangkar besi?
Malam ini teman?
kulepaskan kau pergi
Dengan rela?
Walaupun aku tak pasti
adakah benar-benar kumerelakannya

Sentiasa kurasa rindu
Pernah jua kedukaan bertandang
Bila melihat kau bersamanya?
Mengagungkan dirinya?
Siapalah aku disimu?
Kerdil sungguh diri berbanding dirinya?.
Oh mengapa bukan aku wanita idamanmu

Buatmu teman
Terima kasih atas puisimu?
Walaupun sebak tatkala membacanya
Namun bahagia tetap terbit dihati ..
Kerna pernah dicintaimu?
Dan kau masih bersamaku
Menjalin ikatan persahabatan
Yang tak mungkin putus ditelan masa

Oleh ayu 2 April 2002




Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti994
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).