home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Aku dan Dia

by Nurakira on May 02, 2002 at 06:19:51:



Aku dan Dia


 Ikal hitamku berselerak comel menutup dahi
Dahinya ditirai kemas sehelai tudung Turki
Cantik
Manis
Suci
Mataku ialah matanya
Mancungku adalah mancungnya
Senyumanku ini juga senyumannya
Kesucian ini, entah bila akan diduga Tuhan lagi,
Milikku serta miliknya
Namun kesuciannya amat terserlah
Malangnya, aku dilihat cemar
Walau diri ini adalah dirinya

ugamaku juga ugamanya
Prinsipku memang prinsipnya
Cuma aku agak tegas
Dan dia amat lembut
Cuma aku gemar sendirian
Dia tidak larat kesunyian
Aku pula tidak menghiraukan
Dia terlalu ingin diterima
Aku hanya menangis sekali
Dia selalu dalam tangisan

Namun perasaan ini sama
Pengalamannya persis pengalamanku
Kehidupan dia juga adalah kehidupanku
Walaupun jasmaninya hanya seketika
Rohaninya hidup dalamku
Dan kalian terus tidak faham
Pengertian hanya wujud
Antara Aku dan Dia
serta si Dia di Takhta


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1115
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).