Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Mampukah Aku..??

by luvy pinky on May 08, 2002 at 10:51:40:



Mampukah Aku..??


Saat mulanya percintaanku,
Aku gelisah menanti,
Aku malu sendiri,
Hatiku melagukan irama rindu,
Jauh sekali memutar melodi sendu;
Entah apa yang bakal terjadi,
Adakah kesudahannya sesuatu yang pasti,
Sama seperti saat kuimpi,
Bahagia yang sering membuai malamku;
Apakah mampu untukku merasa,
Apakah sempat untukku mencipta,
Aku mengalah pada suratan ilahi,
Andai bahagia yang kunanti,
Bukan milikku;
Aku sendu pada takdir itu,
Aku pilu pada hakikat kehidupanku,
Biarpun begitu,
Aku masih sempat,
Mengisi ruang kosong dihatimu,
Begitu jua dihatiku;
Adakalanya aku pilu memikirkan dirimu,
Maaf ungkapan tulus dariku,
Pastinya mengiringi setiap helaan
nafasmu,
Tapi demi Tuhan kasihku,
Aku tidak pernah membencimu,
Malah kerana terlalu menyayangimu,
Izinkan aku mengorbankan cintaku,
Demi suratan dalam kehidupanku...

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti135
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.