Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kasih

by Siti on July 14, 2002 at 00:16:30:



Kasih


Rindu itu menyapa lagi,
Buat ke sekian kali.
Bertahun, telah berlalu
Aku masih mengingatimu,
Selalu..
Dan aku sering tertanya,
Begitu jugakah dikau, di sana?

Kenangan semalam,
Bagai enggan pudar,
Dan luka yang kau tinggalkan,
Tak ku temui penawar.
Bisakah terubat luka di hati,
Sedang dikau, telah lama pergi..

Kasih,
Hadirmu bak pelangi,
Menyeri hidup ini,
Andai takdir memisahkan,
Aku terima,
Andai itu ketentuanNya.

Kini,
Tangisan hati
Sering menemani,
Walau tiada yang mengerti,
Biarlah..ku sendiri.

Mengapa kasih,
Kau masih di hati,
Sedang ku tahu,
Kau bukan yang dulu,
Dan aku,
Masih enggan berlalu,
Walau realiti,
Aku hanya bermimpi,
Di siang hari.

-Still believe-,
Siti.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian5
Populariti132
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.