home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

N

by hani on August 08, 2002 at 19:01:02:



N


Sampai waktu,
Untuk melepaskanmu.
Bukan jemu,
Bukan tidak rindu,
Sekadar menyedari siapa aku,
Dan siapa dirimu.

Tidak dikesali,
Apa terjadi,
Malah ku syukuri,
Menyedari kesilapan diri.
Luka semalam, emakin sembuh,
Dan kau kini semakin menjauh,
Pergilah, teruskan langkahmu,
Antara kita, berbeza arah tuju.

Ku tak mengerti,
Mengapa aku enggan pergi,
Walaupun tiap hadirku,
Beriring rasa pilu,
Aku hanya ditemani memori,
Dan kadang terpijak duri,
Aku juga tak berupaya
Untuk membenci.
Hati..sukar dimengerti.

Terima kasih teman,
Atas persahabatan yang dihulurkan,
Walau sebentar cuma,
Aku gembira.
Walau hanya lakonan,
Walau tak sehaluan,
Kau kan tetap ku kenang,
Biarlah segalanya berlalu,
Ditelan waktu,
Dan biarlah kewarasan,
Mengatasi perasaan.



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1173
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).