home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Semalam

by Nurul Zukhaila on January 12, 2001 at 06:36:15:



Semalam


 Detik detik bahagia
Bermula dari semalam
Aku terleka di alam semalam
Terbuai diuliti memori semalam
Indah masyuk hingga
Tak mampu terjaga
Angkara semalam
Aku terlupa akan
Hari ini dan esok yg mendatang
Yang bakal menghapuskan semalam
Keceriaan semalam kabur
Digamit hari ini
Kehangatan semalam
Telah membakar pedih
Keseluruhan hari mendatang
Lakaran pelangi musnah
Rentetan kemesraan pudar
Semalam yang menjanjikan syurgawi
Kelam dicarik hari ini
Esok sudah pasti
Kau pergi jauh sekali
Antara kebingungan dan keresahan
Ku pungut cebisan semalam
Sebagai tanda persahabatan
Yang tertinggal dalam diam ....

*Terima kasih atas terciptanya 'semalam'.
Hari ini kita melangkah ke arah yang hambar.Esok kita pasti semuanya kian pudar.

'wardatul hamra'


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1113
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).