Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

SESEKALI

by CSCW on January 12, 2001 at 06:53:34:



SESEKALI


Sesekali dalam diri ini
Seperti ingin memiliki pelangi
Sesekali dalam jiwa ini
Seperti ingin terbang di awan tinggi
Sesekali dalam hati ini
Seperti ingin memiliki sebuah mimpi
Sesekali dalam ingatan ini
Seperti ingin menawan gunung yang tinggi


Sesekali terasa seperti inginku pergi jauh
Jauh dari segala-galanya
Jauh dari rindu padamu…jauh dari keperitan semalam
Tetapi aku tak mahu jauh dari kegembiraan
Kegembiraan tatkala bersamamu
Kerana rindu itu memeritkan
Dan keperitan itu pula amat menyakitkan
Tetapi kegembiraan itu amat membahagiakan…
Sesekali…bila berjauhan…
Bagai mendekatkan aku padamu
Biar pun mungkin tak ku miliki pelangi
Atau tak ku tawan gunung dan takku terbang tinggi
Biarpun mungkin takku miliki sebuah mimpi
Tapi sesekali terasa kehadiran cinta ini di sanubari
Sudah cukup membahagiakan diri ini…


Sesekali inginku miliki segalanya….

cscw 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti97
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.