home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

FAhaMIlah Rindu ini

by Putera Zakiesqandar on January 12, 2001 at 07:08:16:



FAhaMIlah Rindu ini


Sangsi itu penuh makna
Bimbang ini sukar terkikis dari lubuk nurani
Terkenang sentiasa pada ratu yang bertakhta
Apakah kerinduannya masih sehangat mula...

"Putera" ini anugerahnya
namun kini ia sepi tanpa berita
rindu berdetik setiap tika
mengikut detik-detik masa yang berlalu

Ratuku...
balutilah dinginku yang terasa
dengan belaian kasih ulungmu
kalungilah rindumu di maya jiwa
dan hiasilah ia di lingkaran
hatiku ini...

Sesungguhnya...
aku rindu padamu,
terlalu rindu padamu.
Maafkan puisi kerinduan membara
andai terganggu hidupmu dengan kehadirannya

Salam rindu penuh mendesah sukma jiwa!


Nukilan;
Putera Zakiesqandar
Sintok
Retype:2/1/2001 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1092
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).