Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kau Tak Tahu?

by zawary on May 31, 1999 at 06:58:58:



Kau Tak Tahu?



kalau sesekali
aku membahasakan diri ini
sebagai aku
adakah aku terlalu kasar
kerana aku sedang melihat aku
yang masih berapi dalam sekam kehidupan
masih cuba memahami misteri hidup
dan menyatukan diri yang masih pecah dan terbahagi seribu dan menjadi satu iaitu aku
dan aku lebih senang dengan diri aku untuk ketika ini dan sewaktu ini aku masih dipersimpangan yang mungkin tidak banyak memberi pilihan untuk aku
cuma dua haluan kiri dan kanan
aku tak mahu menjadi terlalu radikal
dalam menangani semua isu
peribadi atau tidak
tak terlalu penting bagi aku kerana
aku dapat menjangka segala isu
ahhh untuk apa terlalu emosional
kerana hidup memang keras
dan aku memang keras hati
tetapi dapat berkata maaf
andai aku silap

aku cuma melihat diri sebagai sehelai daun dipohon pendirian
yang masih hijau dan belum menyenthu embun keinsanan dan aku menjadi insaf
apabila matahari tenggelam
hilanglah embun
hilanglah siang
umpama keduniaan
yang dikejar dan akhirnya terhenti dalam sekejap

masihkah aku terlupa
Umi
Ayah
Abang
Adik
dan mereka adalah ranting hidupku
dan diriku yang terpecah menjadi mereka
dan aku adalah mereka...
yang masih berdiri dipintu Mu Tuhan
memohon keampunan
bimbinglah kami ke jalan yang benar
Amin.
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti119
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.