Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kau Bukan Lagi Matahari Dan Bulan Itu Telah Retak

by zawary on May 31, 1999 at 08:11:27:



Kau Bukan Lagi Matahari Dan Bulan Itu Telah Retak


 
aku tak pasti
dimana kau campakkan cintamu
ke laut api
dan terbakar

bahang kasih yang menyala
tinggal bara
aku terbiar
dipanggang keadaan

engkau pasti bukan lagi
matahari itu
tetapi gerhana sepanjang cerah siang
dan bukan lagi bulan itu
hanya sehelai
bulan kertas
ditengah tercatat
suatu kepastian
aku tak kecewa oleh itu
dan segalanya bukan mimpi
aku mengerti
kerana hidup adalah kenyataan

aku tak pasti dimana aku tinggalkan
semua kenangan
di almari usia
yang kuncinya telahpun berkarat dimamah hujan waktu

benarkah hari ini
kau datang lagi....




Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti136
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.