home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Ombak Kehidupan

by TiRaS on June 08, 1999 at 22:01:51:



Ombak Kehidupan


 (untuk Su)

tika tumit menghenyak kelabu pasir pantai
aku teringat katamu
ombak itu ganas, menghempas-hempas
batu jadi derita kerananya
mengapa ya, aku tidak memandang serupa
perspektif hidup kita memang jauh bezanya

ombak itu semangat dan cabaran
pantai kehidupan meriah oleh gemuruhnya
pasang surut membuat pasir tergoda
lalu merindukan cumbu untuk berubah
setiap selesai musim bah

ombak telah jadi sahabat paling akrab
tika tangisan tidak berjawab
dalam diam ia memujuk
akupun bersila di alunan, meluncur dalam gelungan
tika ombak sembilan datang
tanpa ragu kupacu ia
langsung ia memberitahu ehwal sebenar dirinya:
ikal kehidupan !

Tiras
Holiday Villa
Pantai Cherating, Pahang
2/6/99

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1850
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).