home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

doa buat kekasih

by bungapadi on June 11, 1999 at 02:33:50:



doa buat kekasih



bunga padi ditiup bayu
hanyut terapung arah ke hulu
menjerat duka mengejar rindu
orang di sana buat tak tahu
ada duka menikam kalbu
hanya doa mematikan sayu
cinta terumbang lemah merindu
hanya allah jua yang tahu
kasih terlerai dihujung rindu
kasih tertumpah si daun kayu
diterbang angin ribut menderu
sebagai racun di buluh perindu
kian hati mengorak rindu
kian mendongak menambah sayu
apa lah pada pada diri ku
musafir hina tak pandai memburu
jika sudah termaktub disitu
akan ku tinggal dunia berliku
kerana hati kini membeku
doa ku kirim mengubat rindu
kira ku tahu sedari dulu
tiada ku ingin menempah rindu
rindu terburai ke hati yang satu
rindu membeku tak siapa yang tahu
tinggal lah tuan tinggal lah rindu
ku pohon ingin berlalu
tak kan ku cari cinta yang palsu
tak kan ku minta cinta bernafsu
tak kan ku toleh ke langit biru
tak kan ku berduka kerana diri mu

bungapadi
hanya sebuah skesta
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1417
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).