home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Undangan

by Sean Pattrik on June 18, 1999 at 00:17:47:



Undangan



ku terima lagi semalam
satu undangan dari daerah
bernama sepi dan berlari antara wilayah
hati dan pertemuan antara nyata dan keadaan
tiada puisi yang tertulis atau peta perjalanan
hanya suara serangga dan mergasatwa
bersilih ganti antara gema pesta gita
dan temasya pengantin

undangan itu ku simpan dimana
entah akupun hampir terlupa
dan aku tertinggal setelah berada di gerbang ini
tetapi aku kira aku masih tetamu
yang mesti disambut oleh tuan rumah

aku kira undangan ini
yang paling indah
dilengkapi bunga disekeliling
dan harum baunya

semoga mahligai yang dibina
akan kekal gemilang...

untuk mu isteri
bentuklah aku. 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1033
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).