Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Biarkan Si Bisu Itu Menjerit

by Apek on June 30, 1999 at 06:30:34:



Biarkan Si Bisu Itu Menjerit


Biar keluar anak tekak
Biar pecah kotak suara
Biarkan walau apa sekali pun
Namun pendirian tetap pendirian
Berubah hanya jika perlu
Bukan kerana terpaksa
Atas kemahuan diri sendiri
Menjadi duri dalam daging
Pada anak bangsa sendiri
Muka sudah menjadi tembok
Bila menegakkan ideologi buatan sendiri

Jeritlah sekuat hati
Lepaskan kemarahan
Pasti yang mendengar
Hanya pekakkan telinga
Kerana semua tahu
Apa yang sedang berlaku
Hanya mainan duniawi
Tidak akan kekal lama
Bila anak bangsa terjaga
Dari tidur yang panjang
Dan mula mengorak langkah
Agak sumbang
Tapi penuh keyakinan diri
Menghadapi gelora kebencian
Di bayangi ke egoan
Tahu hala tuju
Siapa yang dicari
Mana kawan
Mana lawan

Biarkan si bisu itu menjerit
Agar satu hari ada pengertian
Imbuhan pasti datang
Pabila jeritan si bisu jadi tumpuan
Mengejutkan anak bangsa dari mimpi
Sedang melayari lautan yang tak bertepi
Akan terbukti kebenaran
Teserlah kepalsuan
Hanyut ke egoan ke jurang dalam
Betapa kebenaran ada di mana saja
Mencarinya cuma agak berbeza
Perlu ada kekuatan dalam diri
Biar apa pun halangan mendatang
Jangan gentar
Jangan berundur
Teruskan
Teruskan menjerit wahai si bisu.....!


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti78
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.