Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Di Mana Kesanggupan ? (pembetulan)

by TiRaS on July 28, 1999 at 02:02:43:



Di Mana Kesanggupan ? (pembetulan)



DI MANA KESANGGUPAN ?
(untuk moyank dengan terima kasih kerana puisi)

Apakah aku bisa menguak pintuMu
yang teguh dan kebal
atau sekadar dapat mengetuk dengan jariku
yang kecil dan rapuh ?

Aku telah tiba di ambang
serambi berbaur hamis dengan harum
hingga sukar aku membeda
harus mandi atau cukup berminyak wangi ?

Sebagai pengembara lelah
meredah rabung payah
berbekal rindu cuma satu
apakah Engkau cukup cinta
buat menerima hadirku di kemuncak waktu
bukan cuma kunjungan
pulang sebenar maknanya

Rabbi, masih juga aku mencari

Tiras
Cepu Kencana
KL
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti94
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.