home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Madonna Lilies

by Tiras on February 08, 1999 at 03:55:58:



Madonna Lilies


 (untuk Kirana Su dan yang bercinta)

seputih serinya malu membuka kelopak
wangi telah memesrai ruang haruman
biar kau sejambak di penjuru
kuntum setia bersama
belum mahu menyingkap rahsia

Menanti penghujung rindu
dalam debar dan gementar hari-hari sunyi
malam semakin panjang
jarak mimpi menjauhkan pagi
milik kau yang tersendiri

Jernih rautmu adalah lambang
cinta suci tulus terbina
berteduh di rimbunan kasihNya.

***
mengenang Kees Van Dongen (1877-1968)
Madonna Lilies, 1912
oil on canvas 25x20.5 inch.

Tiras
Hematologi Unit
HKL 8/2/99

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti924
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).