Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Aku Dalam Diri Sendiri

by zawary on February 27, 1999 at 06:17:03:



Aku Dalam Diri Sendiri


 
sesekali kenangan menjemput aku
ke daerah perkenalan
menjejak semula detik mesra
mengatur bicara dengan malam
yang masih pejal merangkul
agaknya aku telah kehilangan
perasaan atau
masih disini satu kekeliruan
diri atau aku masih belum mengerti atau
tak mahu ambil tahu

ada kala aku lakarkan warna
terlalu hampa dan langit bagai kanvas perasaan ku dan biru itu seperti titis ihsan
dari jiwa yang gelombang
aku tak punya alasan lagi
atau aku masih lagi berpura

aku masih kaku
dan sesekali tak bijak
dalam menyusun diri di laut memori
retak menjadi embun ingatan
di gersang perjalanan
atau aku masih sembunyi dalam sepi
beku dan kaku
atau aku disini bukan aku
cuma cantuman kenangan yang bersepah
di lantai mimpi
mencari diri sebenarnya
atau aku hilang
dalam diri sendiri...



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti115
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.