home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

KEJUTAN (Tiras tolonglah aku!)

by Su on March 03, 1999 at 12:40:18:



KEJUTAN (Tiras tolonglah aku!)


Rupanya,
merah itu biru
putih itu ungu
kuning itu kelabu
cair itu beku
buruk itu ayu
banyak itu satu!

Rupanya,
bijak itu dungu
bodoh itu tahu
geleng itu mahu
ganas itu malu
yakin itu ragu
rajin itu jemu!

Rupanya,
pensil itu buku
selendang itu baju
topi itu sepatu
kaca itu kayu
besi itu batu
air itu debu!

Rupanya,
hakim itu guru
kereta itu perahu
longgar itu padu
kerbau itu lembu
kumbang itu kupu-kupu
pahit itu madu!

Rupanya,
jujur itu palsu
aku di tipu
hingga terpaku
di birai waktu!


Amy Ainuddin
Pengkalan Chepa, Kelantan.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti942
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).