Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Blues ..Maghrib..

by AjaxDeValderrama on March 04, 1999 at 09:28:05:



Blues ..Maghrib..


 emmmm..yeaahh

senja merah.
lebai berkopiah
aku kalut di awal senja
gitar tong berbunyi
azan menjelma...

toleh orang mukaku merah
seluar koyak penagih dadah
kusut rambutku
kusut lagi akal minda

aku hilang arah
entah kenapa mak aku marah
sial ke aku
darah pendajal

oh tuhan
aku tak daya lagi
gitarku berbunyi
bingit telinga mak jah
mulut bebel carut keluar
aku tak reti apa
duit takde

langit merah
sesal datang
merah langit mengukir gambar
panas api dalam neraka
aku tak reti sembahyang
sebab tu mak aku marah
arwah ayah tak pernah kudoa
jejak sejadah tak sekali
bodohnya aku

manakah cahaya
suluhkan aku
yang semakin sesat
sesat bodoh ke jalan setan

yeaaaahh

haji lebai buat tak tahu
nampak aku mata sebelah
ajar le baca al fatihah
tolong anak bangsa
nak belajar duit tak ada
kalau free aku nak saja
kesian ayah anak tak guna
dalam tanah apa cerita

dingin maghrib
menarik urat kakiku
langkah dibuka
otak berbuih
nak ikut setan ke tuhan
maghrib inilah penentuan

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti205
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.