Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

KELMARIN TELAH MATI

by Amy Ainuddin on March 04, 1999 at 22:53:22:



KELMARIN TELAH MATI



Setelah bangun kembali
dari jatuh yang sakit
aku pun tak ingin lagi
menoleh ke belakang
mencari silap atau menghukum diri
Biarkan, ia jadi kenangan
aku telah memaafkan.

Setelah bangun kembali
dari jatuh yang sakit
aku pun tak ingin lagi
menjenguk hari semalam
membawa ke depan derita atau tangisan
biarkan, ia jadi sejarah
aku telah pasrah.

Setelah bangun ekmbali
dari jatuh yang sakit
aku pun mula memahat yakin
betapa kelmarin telah mati
bersama hari ini yang lahir
sedang esok masih di tangan takdir
siapa pun tak bisa menduga.

Kerana kelmarin telah mati
guna apa lagi kujejaki
waktu yang terbenam jauh
cukuplah kini kalau aku
sekadar mewarisi pusaka pengajarannya
agar kelak di riwayat hari
aku tak akan kecundang lagi.


Amy Ainuddin
Pengkalan Chepa,
Kelantan.
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti89
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.