home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

DUNIA. CINTA DAN MEJA HIDUP (apolofi untuk Zawary)

by Amy Ainuddin on March 05, 1999 at 09:43:04:



DUNIA. CINTA DAN MEJA HIDUP (apolofi untuk Zawary)



kau berkata
"dunia ini handburger
dan cinta itulah sosejnya"

pasti saja enak kan?
untuk sesiapa yang suka
tapi bagaimana dengan kami
yang tidak menggemari?

Lalu apa fikirmu
kalau ku kata
dunia dan cinta aneka rupa
juadah berjuta tidak terkira
adunlah resipi seenak selera
kecaplah ia sesedap rasa

setelah sedia
letak saja di meja hidup
hiaslah semahu jiwa
sebelum duduk
untuk menjamahnya

dan kalau kebetulan
ada yang sama selera
apa salahnya
kita ajak dia
untuk berkongsi sama.

Amy Ainuddin
Pengkalan Chepa, kelantan.
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti946
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).