home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kita Bicara Sekali Lagi - (Amy Aninuddin)

by zawary on March 08, 1999 at 22:02:19:



Kita Bicara Sekali Lagi - (Amy Aninuddin)


 
Epilog:
Apologi dari anda
telahpun aku letakkan
di balang kaca
perhiasan
sekadar satu lagi ungkapan
pembuka kata
agar aku tidak lagi dianggap
well renegade

Klausa:
DI MEJA KEHIDUPAN

mulanya aku hanya cuba
membuka satu lagi persoalan
bukan pada erti cinta
atau apapun
cuma aku mahu lari dari
klise ungkapan
kalau ku nyalakan lilin
di atas meja hidup mu
mungkinkah akan terpadam
dengan nafas prasangka
atau paling mudah
kau siramkan sahaja dengan
coca cola....
emmm...aku tak berkata
itu ego atau apapun
mungkin cuma ianya satu
huraian emosi
paling kompleks

Konklusi:

Apapun Amy
sebagai aku
aku cuma tak mahu
disogok dengan idealisme lama
bukan egocentric
atau mahu cuba eccentric
sekadar expressi...

paling mudah
kita bicara sekali lagi
tetapi lebih liberal...
sudi???

-tak cuba provokasi atau protes-



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1003
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).