Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Lebih Dari Relevan (Untuk Gebor Dengan Apology)

by Tiras on March 14, 1999 at 19:50:29:



Lebih Dari Relevan (Untuk Gebor Dengan Apology)



Lihatlah air yang kauminum
kaukah atau Dia ?
menurunkannya dari langit
lihatlah serangga yang melata
merekakah atau Dia ?
menjaminkan rezeki setiap hari
lihatlah dirimu
kaukah atau Dia ?
menggabungkan yang ghaib dengan nyata
lalu menjadi makhluk paling istimewa.

Mahkota atas kepala bukan sesia
akal mesti selari dengan hati
naluri tak pernah membohongi
intelek bukan untuk dipacu semahu
ia kena bersulam dengan iman dan taqwa
sejujur seikhlasnya
bahawa kita makhluk dan dia Khaliq
kita jumud dia Malikul Ma'bud
kita degil dia Rabul Jalil

Boleh saja menanya apa-apa
tapi awaslah dengan perangkap kata-kata
kita makhluk merdeka
tapi esok akan tetap ditanya
akan apa yang kita tanya
adakah bernada derhaka
atau sekedar mencari jawapannya..

Kembalilah pada diri
bacalah al-Furqan dengan tenang hati
akan tetap kau temui.

Tiras
15/3/99
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti108
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.