Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

sendiri lagi

by Jaka Tirana on March 16, 1999 at 23:21:27:



sendiri lagi


 (buat ayang)

bayu rindu tersapa
waktu aku sendiri lagi
bukan tiada apologi buatmu
tetapi diri ini hanyut menginsafi
aku datang sendiri
aku 'kan pergi pun sendiri

aku kenal diri kelana ini
menghitung hujan nasib
mengira kelompok awan
putih dan kelabu
kekadang mendung dan kelam

sebuah kehidupan
aku tetap
sendiri lagi
perjuanganku ini tidak terabai
suara-suara rindu
akan kubasahi
suara-suara sabar
akan kusirami
walau kekadang
aku sendiri tidak mengerti
apakah gelombang rasa itu
bersemadi di nubari
atau hanya menjadi teka-teki

Jaka Tirana
Pulau Mutiara
17399

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti106
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.