home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Dimensi Diri

by zawary on March 18, 1999 at 09:36:00:



Dimensi Diri


 
MEJA

secawan kopi
sejuk
dan kertas kosong
tanpa puisi
hanya
kata kata dan kata
tak tersusun
b
u
n
t
u

KATIL

adalah aku
masih dalam selimut kaku
dingin
hujan semalam
menjadikan aku
m a l a s...
untuk kembali
ke meja tulis
merangkai kata yang masih tertinggal
di kerusi ingatan...

RUANG TAMU

adalah kipas
berputar perlahan
aku mungkin
di situ
menanti kiriman warkah
permohonan kerja ku
tempoh hari
kerana skrol didalam laci
menggunung habuk kecewa

tetapi
kamar
meja tulis
kerusi
ruang tamu
adalah seperti
ruang dalam diri
ada waktunya
akan tertinggal sepi
tak terusik
dan waktu
menghiasinya
begitu lama
tetapi pasti....

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1151
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).