home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

ayang

by Jaka Tirana on March 22, 1999 at 03:17:51:



ayang


 
(aku tetap di sini
itulah realiti pencarian
tidak pernah aku bersembunyi
kerna kutahu hanya di balik jari
yang pasti kita akan diketemui)

ayang
biar kulagukan
dendangan lama orang tua
rindu dendam dakapan malam
sepi terubat dalam kelam
aku teraba-raba
kaupun teraba-raba
mencari erti sebuah kesyahduan
antara jiwa dua insan
yang menantikan

ayang
ingatkah lagi
waktu suaramu mendayu di pentas ini
waktu itu kau kehilangan
dan aku datang menjengah wajah
nostalgia yang tak pernah padam
dan wahana kasih buat yang pergi
aku mengingatkan
kau sayu
aku sayu
sama-sama merasakan

ayang
aku pernah terpaku
hujan manik di tasik matamu
kuhanya mampu menadah
dengan dulang puisi ini
dan kau yang bisa mengeringkannya
dengan setangi madah
yang kukirimkan
aku hanya insan biasa
buat menyapu siair mata

ayang
akupun menanti harinya
bilakah awan itu dapat kukuak
dan wajahmu terserlah senyum
menghias langit yang biru itu
dan simatari akan malu
kerna sirnanya jadi kaku

ayang
katakan padaku

Jaka Tirana
Kotaraya
2231999

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1089
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).