Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kita Yang Rebah

by Shah on March 25, 1999 at 20:59:08:



Kita Yang Rebah


Semalam,
ketika bayu manja menghembus lembut
kita dilamun
mimpi lena yang berfatamorganakan
keganasan
kezaliman
tiada pintu kecemasan
Bentangkan satu landasan
menuju satu sinar kebenaran
menempuh negara dinamik dan konkrit
merentas
masyarakat yang berjiwa manusia
musnahkan identiti goblok itu
semaikan benih-benih kasih dan sayang
moga tergarap masyarakat prihatin
bisa menantinya masa keramat 2020
wahai anak warisan
alam ini usah kau robak-robekkan
menjadi padang jarak padang terkukur
bisa gersang lagi tandus
ya!
kasihan cukup sadis
kanak-kanak diulit ciuman garang puntung rokok berbara
tampar tempeleng dan sepak terajang
menjadi ulam hidup yang mengharap
di mana sembunyinya nilai kemanusiaan?
inikah dinamakan tolenrasi sejagat?
Hah!
lihatlah para juvana melepak bagaikan anjing kurap
sekadar memenuhi diari masa
menghancurkan diri bersama khayalan dadah jahanam
mempelopori kelahiran anak luar nikah
ibarat sampah najis berulatkan dosa
dilemparkan sendirian
silaturrahim bersama bonda dan ayah bagaikan
hidup seperi tiada
dibiar seperti berteman dua insan mati
tanpa sekalimah suci
Al-Fatihah
Insyaallah
wahai manusia jahil
hentikan tabiat karut-marutmu itu
penyonsang budaya
jangan kau bobrokkan ujana yang indah ini
binalah sesuatu yang bahagia
mengisi sudut kehidupan satu wawasan
kau tangani wawasan suci
kau pikullah tanggungjawab dan visi
kau wujudkan kasih sayang penuh erti
moga kau bahagia dunia dan akhirat
laksana simpulan kata pemati
Insyaallah
jika esok masih ada



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian1
Populariti81
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.