home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Manuskrip (mengenang allahyarham Hj Zainuddin Hj Ismail bersama al fatihah)

by Su on April 11, 1999 at 00:41:24:



Manuskrip (mengenang allahyarham Hj Zainuddin Hj Ismail bersama al fatihah)



Telah selamat kukirimkan padamu teman
sebuah manuskrip catatan perjalanan.
Tataplah...

bersamanya kupinjamkan padamu
ketabahan seorang Zainudin
sebagai menambah kecekalan
dari kekuatan yang telah kau kumpul
sejak bermusim.

kupinjamkan juga padamu
penderitaan seorang Zainudin
sebagai perbandingan
pada sengsaramu
yang tak mudah ditafsirkan.

Tak lupa kupinjamakn sama
pengalaman seorang Zainudin
meniti getir hidup dalam redhabakti
sebagai penguat pada relapaksamu
yang nyata tak semudah ucapan.

... dan seperti seorang Zainudin
yang tak pernah menyerah
sebelum tertitiknya noktah
engkau juga tak perlu kalah.

Salam Ingatan berbunga Sayang
Amy Ainuddin
Pengkalan Chepa,
Kelantan.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti939
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).