home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Meletakkan Noktah

by Amy Ainuddin on April 14, 1999 at 03:30:44:



Meletakkan Noktah


 
i.
Seekor kucingku dulu
pernah luka parah
ku bawa ke klinik haiwan
dan doktor minta
untuk menyuntinya
supaya tidur selamanya.

ii.
seorang teman
isterinya terlantar
pendarahan otak
hanya bergantung
pada mesin pernafasan,
doktor menasihatkan
dibawa pulang
dan dicabut saja
bantuan pernafasan
kerana sudah tiada harapan
dan jururawat terlalu sibuk
untuk memberi jagaan.

Ah!
semudah itukah
meletakkan noktah
pada sebuah kehidupan?


Amy Ainuddin
Pengkalan Chepa,
Kelantan.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti841
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).