We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

kan kucari sendiri

by boedjang... on April 22, 1999 at 19:17:21:



kan kucari sendiri


pekat tanya mengintai malam
menyelusuri rumpun rumpun padi
yang bersulur derita
dan berbuah nista

percikan tanya itu juga
menyulut jerami kering
dan membakarnya
dengan api kebodohan
dan kemarahan

mengapa hanya ampas yang kau terima?

tidak
tiada apa yang terucap
tidak juga mengapa

alam telah bercerita
lewat desing panasnya timah
dan ayunan pentungnya

kutahu

ladang ini kita aliri dengan darah
yang terkucur tuk mereka
penzina
pendusta
penghianat

kutahu
harus kucari sendiri jawabnya

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti67
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.