Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Jiwa Kalut

by Apek on April 25, 1999 at 10:30:48:



Jiwa Kalut


Kemana arah kita nanti
Jika tanah habis tergadai
Buka minda pada semua
Biar jadi nanah
Biar jadi busuk
Asal maruah tidak tergadai
Oleh manusia yang tidak berhati perut
Tahu yang untung sahaja
Yang rugi di caci
Di cela
Di hina
Pada mata dunia yang memerhati
Gerak laku kita selama ini
Akan kecundangkah kita akhir nanti
Tanpa ada peluang yang tersisa
Memaut keinsafan diri
Hati menjadi mati

Apa yang bakal terserlah
Jika minda masih dijajah
Biar luar nampak bersinar
Walau dalam beronak
Namun hati siapa tahu
Menangis penyair malam
Mengenang anak watan yang kian kelam
Hanyut di dalam lautan nafsu
Memburu martabat yang hilang...?
Kononnya........
Disebalik tabir itu tersimpan
Kecurangan yang kian melimpah
Mana janji yang lama terpendam
Tinggal janji yang usang

Hati kian merusuh
Bila terpahat kepalsuan didada
Melihat sandiwara yang tiada tajuknya
Tapi ada para pelakonnya
Mana yang asli
Mana yang palsu
Tiada siapa tahu
Hanya si pengarah
Yang menulis arah cerita
Asal yang benar disalahkan
Adat pendengki
Siapa tahu satu hari
Kebenaran akan terserlah
Dan jiwa akan kembali tenang
Lena tidur yang panjang
Menghela nafas lega
Namun itu hanya igauan sang penyair
Mungkin satu hari nanti
Pasti....................?

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti99
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.