Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

HUJAN DISEMBER

by arisel ba on April 27, 1999 at 11:28:22:



HUJAN DISEMBER


 
raung hujan disember
membius komputer puisiku
membasahi lebuhraya minda
aku terkuras dihempas
halusinasi mata batini
mencerna saraf diri dengan
vitamin dan mineral kehidupan

tempiasan hujan mencerap
ke dalam cip-cip puisi
melolos ke dalam malam
aku dengan mata binal
merampung buku-buku berdebu
mencerna aplikasi kehidupan
jihad basmi kemiskinan

raung hujan disember
bengis wajahnya berbau asid
singgah di mataku, pedih dan ngilu
aku menatap keluarga termiskin
menyanyikan kasidah alam
sedang deru banjir di kejauhan
menggila dari arah gunung
meluru deras mencari kuala

apakah nanti
catatan puisiku, manis
hanyut ke lautan jauh

arisel ba

22 Disember 1998
Pekan, Pahang, Malaysia


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti123
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.