Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Tsha III

by Apek on April 30, 1999 at 05:11:43:



Tsha III



Tsha.....!
Gerimis malam itu
Suasana terasa suram
Tika kau masih kaku di situ
Menanti rahmat
Sesegar pagi
Yang permai nan damai
Terdetik igauan silam
Menyahut cabaran alam
Yang masih kukuh
Yang masih utuh
Menyingkapkan jendela pasrah
Walau luka masih berdarah
Kemungkinan pasti teserlah
Seperti merah warna darah

Tsha..........!
Biarpun aku mampu bermimpi
Bayangan semalam masih menghantui
Setiap sudut padat berisi
Dengan kepalsuan bersalut realiti
Tapi aku kalah......
Pada kemahuan ku
Persis si buta mengangankan
Hidup sederhana
Menyinari
Sepertiga mimpi-mimpinya
Tapi itu hanyalah harapan
Yang mungkin tiada kesudahan
Kerana yang pasti
Masih lagi tersimpan
Menjadi rahsia sebuah igauan

Tsha............!
Senja makin menghampir
Namun dada ini tetap kosong
Bagai tiada sesalan
Walau diterjah dengan tohmahan
Membuatkan aku sedar
Siapa aku
Dan kemana arah tuju ku
Tapi.......Tsha
Itu hanyalah sementara ada
Selagi hidup ku masih bernyawa
Selagi engkau ku percaya setia
Tiada rahsia diantara kita
Akan ku teruskan perjalanan
.............yang terhenti ini
Ku tahu kau mengerti
Gelodak kemelut ini
Mungkingkah pasti.......?
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti129
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.