Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Tuhanku...Seandainya...

by rina on May 04, 1999 at 06:30:27:



Tuhanku...Seandainya...


 
Tuhanku...
Seandainya suatu ketika nanti
Telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Jadikanlah kasih sayang kami menuju redha-Mu

Seiringkanlah kami
Melayari lautan luas ini ke tepian yang sejahtera
Di bawah lindungan kasih sayang-Mu
Yang tiada bertepi

Tetapi Tuhanku
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari ingatanku
Dan peliharalah diriku dari rasa kecewa
Kerana kutahu cinta insani
Tiada setulus cinta-Mu pada hamba-Mu

Berilah aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku rasa bahagia
Walau tanpa dirinya

Dan Tuhanku tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Meskipun tiada sama dengannya
Moga kutemui cinta yang sejati
Berlandaskan cintaku kepada-Mu...

Rina, Kampus UIA Gombak.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti117
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.