home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Biru, Balar, Kelam dan Senja

by Apek on May 17, 1999 at 07:23:53:



Biru, Balar, Kelam dan Senja


Petang itu......biru
Bukan petanda ceria
Malah tambah keruh
Begitu ramai yang mencemuh
Biarkan.....
Akan terhenti cemuhan itu
Jika rentetan masa tertunda
Aku bukan meminta pada yang tiada
Maung pasrah mungkin mengerti
Pada mainan jiwa ini

Petang itu balar.....
Biarpun hati  tercalar
Jangan disentuh mawar itu
Durinya berbisa
Tapi kedegilan menguasai diri
Tetap yakin pada yang salah
Kerana di situ terserlah
Keagungan serta ke egoan
Apa lagi tidak di endahkan
Sakit rasanya......

Petang itu kelam........
Sudah tahu apa akhirnya
Dapat di titik pada dasar peminta
Siapa yang kejam.....?
Dia atau mereka.......?
Buat buta hati
Walau disakiti
Angguk kan sahaja
Pada kehendak mereka
Moga di suatu hari
Pengertian akan terserlah
Di minda mereka

Senja ........
Kian menghampir
Sedarlah dari lena
Bangun dari mimpi ngeri
Hilangkan rasa ego mu
Pasrahlah pada yang satu
Agar suci jiwa
Minda terbuka ceria
Kerana padaNya kita berserah
Di suatu hari nanti
Pasti



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti845
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).