home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Suatu hari pada satu subuh - Mak kasihmu abadi kujunjung tinggi

by Ejmt on May 18, 1999 at 11:54:40:



Suatu hari pada satu subuh - Mak kasihmu abadi kujunjung tinggi


Kebetulan saja seorang ibu duduk
dibangku sebelahku dipagi itu
waktu aku dalam perjalanan
mencari rezeki dan bas Metro 19 deras,
membawa kami pergi
saat manusia terlalu sibuk ke setiap destinasi
Maafkanlah sekiranya saya bertanya,
bila si ibu murah dengan senyumannya,
kerana aku tahu di bandar angkuh ini
senyuman paling mahal harganya
dan si ibu mula bercerita
tapi secara kebetulan juga
disaat dada ini terlalu sarat dengan hiba
didalam sejuk subuh ini kita tersua
dan mindaku mendesak bertanya
"anak kakak ke yang sedang diriba?"
walhal sebelum ini aku langsung tidak pernah peduli
tentang sesiapa disini
katanya saya sebatang kara
ini anak saya disisi
ayahnya cuma meninggalkan waris kemiskinan,
namun dirinya tidaklah sampai melupakan tuhan
setelah ayahnya meninggalkan dunia ini
sejak ia masih bayi lagi
hidupnya sentiasa begini
dia tidak ada saudara disini
dan dia membesar dalam gelonjak
meniti hari yang tidak pasti
"dan dengan berbekalkan kemiskinan
saya cuba mencari kehidupan lebih bererti
kemana saja saya pergi mencari rezeki bersama anak ini
namun setelah puas saya berusaha
nasib saya tetap begini jua"...
anak yang diriba begitu kaya dengan senyuman
meskipun aku tahu
anak ini tidak sempurna anggotanya
dia masih erat diriba
kerana pada si ibu dia adalah segala
dia bergerak sementara diberi hidup.
dan hatiku menanah tersayat
mengenangkan nasibnya.

Ejmt
President House




Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1172
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).