Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Malam Yang Kutarik Selimutnya

by TiRaS on May 19, 1999 at 09:16:58:



Malam Yang Kutarik Selimutnya



malam yang kutarik selimutnya
adalah mimpi realiti dalam berjaga
memunggah kenangan seada-adanya
dalam gelap yang kuwarnakan pelangi
adalah siri pelarian datang dan pergi

malam yang kutarik selimutnya
buat menguji ketahanan diri
kubawa minda jauh berlari ke dasar sunyi
adalah kedewasaan dalam siaga
untuk kembali menemui Dia

malam yang kutarik selimutnya
patigeni menyungsung kedukaan
kujejerkan doa-doa di telaga al-hikam
adalah sisa keteguhan meronta
mendakap jawapan Malikul Ma'bud 

malam yang kutarik selimutnya
buat membalut luka-luka
adalah pertemuan mempersona
akuku dan akuMu menyatu
dalam kasih jitu !

Tiras
Cepu Kencana
KL

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti119
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.