Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Jauh

by zawary on May 20, 1999 at 06:33:00:



Jauh


 
berikan aku sayap
di angkasa akan aku ukirkan harapan untuk seluruh tahun tanpa peperangan
aku dah jemu
mendengar
melihat
tangisan
dan muntahan peluru
di muka bumi ini

berikan aku mata impian
akan ku meneropong di mana letak bintang harapan
untuk ku selitkan di hati mu
agar tiada lagi soal
benarkah aku
atau satu lagi kosongg janji
bertebar di jalan ingatan

berikan aku sepatu mimpi
akan ku merenangi lautan
untuk ku gapai mutiara jiwa
ingin ku hadiahkan untuk mu Umi
agar bahagia milik mu sepanjang usia masih disini
doa ku yang sejahtera untuk dia
seorang lelaki bergelar ayah

berikan aku busana rahsia hati mu
akan ku selimutkan ragumu
di padang kau mainkan diri bagai layang-layang
ingin ku sisipkan selendang ikhlas ku
di harum rambut mu
akan ku letakkan diri mu
bagai piala di mahkota hati ini

berikan aku sebuah arca
di setiap penjuru kau ilhamkan kata azimat
bisik mesra dan masih keliru
tetap keliru
biar keliru
hidup bagai pencarian
untuk bahagia atau derita

kau punya senyuman
anggun
aku punya hati sekeras itu
pun cair olehnya

kita bagai masih jauh
walau senyuman itu
mendekatkan jarak pemisah.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti106
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.