home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Di Ruang Ini

by zawary on May 20, 1999 at 07:00:07:



Di Ruang Ini


 
semalam aku tulis
mungkin
sebuah puisi
atau surat tak terkirimkan

ku tinggalkan di kamar kelam
tanpa cahaya
dan aku kehabisan lilin
untuk ku simbahkan sedikit warna
di ruang ini

atau aku makin menjadi pendiam
atau penyepi paling asing
mungkin aku masih takut
pada diri sendiri
aku kurang pasti
atau jawapannya adalah paling kecewa
atau aku belum mahu ambil kisah

di ruang ini
adalah diri yang menarikan kata
tanpa henti untuk satu ilham lagi
aku belum mahu berhenti
luah
rasa
marah
jemu
gembira
atau
bosan
berang
kacau

di ruang ini
aku makin menjadi aku.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti902
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).