Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Aku Rindu

by zawary on May 23, 1999 at 22:21:19:



Aku Rindu


 
aku rindu
kepada kedamaian
yang direbut oleh peperangan
dunia
jiwa
dan golak hati
tak damai lagi
dan marah menguasai
aku makin
menjadi api yang kian marak
membakar rasional ku

aku rindu
dingin kesabaran
dan keteguhan hati
pada ranjau
hidup
aku memang tak mengharapkan hidup seperti mimpi yang mawar
atau mimpi dikaki tangga untuk ku kutip dan aku gantungkan dipintu diri
aku sedar
hidup adalah juang yang berterusan hingga nafas akhir

aku melihat tangan ini
seperti
senapang patah
telah karat sekian lama digenggaman
sengaja aku biarkan dihujani
ia seperti marah
yang kian terpadam dalam diri
dan peluru api itu
ku simpan digedung hiasan terlalu lama
kini ia bagai memaksa aku
menjadi diri yang lain

aku rindu
pada diri yang tenang
aku tak pernah tenang...

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti116
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.