home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Pena Foxy
 
Muka Depan Pena Foxy | Hantar idea kreatif anda ke Pena Foxy

KALONG BERLIAN


Salmi terkenal cantik sejak di bangku sekolah..
Salmi kurang bernasib baik kerana, jika dibandingkan dengan teman-teman lain, Salmi berkahwin dengan Kamil (kerani kilang sahaja).. Walau bagaimanapun, hidup mereka tetap bahagia.. Salmi tidak pernah menyesal dengan takdir sebegini.

Kamil berkawan baik dengan pengurusnya, Encik Micheal.. Dan tidak hairanlah, dia sering menemani Micheal ke majlis-majlis jamuan di tempat-tempat elit.. Pada satu jamuan makan malam, Micheal cadang supaya Kamil bawa Salmi..

Salmi keberatan kerana dia tidak ada pakaian sesuai untuk ke majlis tersebut.. Kamil keluarkan RM600 dari simpanannya untuk beli pakaian baru Salmi.. Kemudian, Salmi masih terasa rendah diri kerana dia tidak ada barang kemas, untuk dipadankan dengan baju mahal yang baru dibelikan oleh Kamil.. Salmi pinjam satu set kalung berlian dari Julia (teman baik masa di sekolah menengah, yang telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berjaya).. Julia pinjamkan kalung berlian yang tercantik dalam simpanannya..

Penampilan Salmi tertonjol, lebih menonjol dari isteri-isteri jutawan yang hadir pada majlis malam itu.. Bila majlis tamat, Salmi dan Kamil pulang dengan kereta mewah Micheal.. Bila sampai di rumah, Salmi mendapati kalung berlian sudah tercicir entah di mana.. Salmi tidak berani sampaikan kepada Julia, yang dia telah hilangkan kalung yang dipinjam itu.. Tetapi, barang pinjam harus dipulang segera.. Karim simpati dengan Salmi.. Karim setuju untuk beli kalung baru..

Setelah merujuk di beberapa kedai emas, mereka dapati, kalung berlian yang serupa dengan kalung Julia, bernilai RM20 ribu.. Kamil terpaksa bergadai tanah pusaka orang tua, meminjam ceti haram, dan menjual apa sahaja yang boleh dijadikan wang tunai untuk membeli dan mengganti kalung berlian Julia..

Okey kes kalung selesai..!
Tetapi, Salmi terpaksa bekerja keras ? siang malam berniaga warung, menjaja ke sana ke mari untuk menebus hutang-hutang Kamil.. Akibatnya, kecantikan Salmi menjadi pudar.. Dia kelihatan lebih tua dari umurnya.. Mukanya cengkung, badannya susut.. Mujurlah, Kamil tabah mengharung situasi ini - sayangnya kepada Salmi semakin bertambah..

Lima tahun kemudian:
Salmi terserempak dengan Julia.. Julia tidak kenal dengan Salmi.. Setelah menerangkan ?mala petaka? yang telah mereka lalui, Julia terkejut kerana Salmi dan Kamil telah merahsiakan kehilangan kalung yang dipinjam.. Julia ketawa bila mendengar kisah Salmi dan Kamil.. Kerana, kalung yang dipinjamkan itu, adalah kalung berlian tiruan..
Statistik Kandungan
Penulisfoxyman(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti3279
Tarikh2005-10-18

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).