home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Cerita Pelik, Hantu & Misteri
 
Muka Depan Cerita Pelik, Hantu & Misteri | Hantar idea kreatif anda ke Cerita Pelik, Hantu & Misteri

Pelik tetapi benar

Kisah ni sebenarnya berlaku pada bulan July tahun ni, tak taulah ini kisah malang ke, pelik ke atau kebetulan. Cam ni, petang tu sekitar jam 5:30 petang aku menunggang motosikal aku untuk mengambil budak sekolah. Kawasan sekolah bebudak ni di kawasan kampung, maklumler kampungkan banyak jalan, jalan lurus ade jalan bengkang bengkok pun ade, jalan yang tetiba bukan jalan jadi jalan pun ade. Sampai di satu jalan tu ada simpang tiga.Mase tu di depan aku sebuah kereta iswara dan di depan kereta tu ade sebuah lori muatan 1 tan. Aku perlahankan kenderaan kerana lori tu slow dan bagi signal nak ketepi sebelah kiri, jadi kereta tu pun ke sebelah kanan, aku pun ikut sebelah kanan ler, aku ingat kereta tu nak memotong lori tu rupa-rupanya kereta tu belok ke kanan. aku kat sebelah kanan ape lagi kene sondol ler. Ya Allah!!!! aku menjerit, terus aku jatuh bedebup motosikal hempap motor aku. aku ingat sampai kat situ jer rupa-rupanyer lepas aku jatuh jer kereta tu langgar aku balik maka terperosoklah aku kat bawah tu. Bayangkanlah aku ade kat bawah keter, heeee seram aku, aku cuba mendongak tapi kepala aku terasa panas kerana kau sekarang berada di bawah enjin kereta yang masih berbunyi, apalagi terkejut aku terus bertakbir sekuat hati, kaki aku makin sakit dan pedih kerana hempapan motor aku tu. Tak lama kemudian aku terdengar suara-suara manusia sibuk menyuruh sipemandu mengundurkan kereta, ah sudah! leper aku kang, tapi ade satu suara tu menegah, mereka angkat depan kereta undurkan kebelakang. Bila kereta telah dialihkan, motor aku pun di angkat, semua tertumpu kat aku yang sedang menggiring cam udang kene goreng, mereka bangunkan aku, semua bertanya, kepala luka tak? badan luka tak? Alhamdulillah langsung tidak luka cuma lebam, terkejut besarlah mereka, sebab biasanya, adatnyer lah kalau dah terperosok bawah kereta mesti cedera parah punya. Syukur aku kepada Allah kerana aku masih lagi boleh berdiri dan tidak cedera. Setelah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka aku mengambil semula motor aku, start motor aku pun berlalu meninggalkan mereka yang masih melopong. Itulah pengalaman pelik yang tak dapat aku lupakan hingga sekarang, syukurlah badan aku banyak isi, kalau badan aku melidi dah patah riuk kot. Statistik Kandungan
Penulissakti(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti14137
Tarikh2005-10-26

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).