Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kembara di Gurun

Kembara di Gurun

Aku memulakan perjalanan semenjak dilahirkan
Semenjak ku kenal erti merangkak tanpa tangan
Namaku menjadi panduan hidupku yang penuh kekacauan
Aku harus kembara mencari masa depan

Pohonan kaktus menjadi peneman lara siangku
Tiada bintang yang sudi penjadi peneman malam
Dalam gelita aku perlahan langkahku

Kementahanku membuat aku dicalar deduri
Hiba rasa menahan perit luka sanubari
Tetapi perit yang menggagahkan diriku
Dengan berani menuju sebuah wadi

Sesampainya aku,
Aku bertemu sekuntum mawar
Terpikat aku akan kejelitaan ia
Ku petik lalu ku semat sedalam hati
Ini bukan satu mimpi, walaupun
pernah sebelumnya memang ku impi

Mataku yang dahulunya kabur
Terang dan memampu diri melihat jelas
Segala beban ku tabah menggalas

Sekelilingku indah kelihatan
Mawar dan aku terus berkasihan
Ku biar ia subur tumbuh di dalam dada
Durinya menajam kekadang kala
Sentiasa mengingatkanku sengsara dahulu ketika
Kembara ku teruskan jua

Elmi Zulkarnain
28/1105

Statistik Kandungan
Penuliselmzul(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti179
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.