Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Setelah 5 tahun berlalu

Genap Lima tahun lalu...
tertancap kemas di persada ini
sebuah nukilan abadi, puisi dari sukma hati
luahan aku yang terluka lagi...

Selamat Pengantin Baru, Gadisku!
Itulah yang pernah ku lafazkan
genap lima tahun yang dahulu...

kita pernah berlari di batasan yang terindah
kita pernah berdiri bersemuka meneka rasa jiwa
kita pernah bermadah dan tawa bersama
kita pernah beradu kekuatan minda
yang mana akhirnya aku berjaya...

kini...setelah genap lima tahun
aku ingin sekali lafazkan
Selamat menyambut ulangtahun
tahun kelima pernikahan

khabarnya kau semakin bahagia
dengan impianmu memiliki sebuah keluarga sempurna
khabarnya kau kini semakin dewasa
menjadi ilmuwan yang dihormati semua

khabar aku?
jangan kau bimbang tentang diriku
kerana khabarnya...
Putera ini telah pun berpunya
khabarnya...
Putera ini telah pun disaluti jiwanya
dengan maknawi rasa cinta sebenar
dengan lingkungan ratu hatinya
dengan kasih sayang puterinya yang tercinta

Seperti kau gadisku...
aku jua kini bahagia
bersama ratu
dan bersama puteri cinta hatiku
dan bersama...sesucinya rindu!

Salam bahagia untukmu....

************************
Nukilan berkarat..:)

Putera Zakiesqandar
IIC, KL
19 Ogos 2005
1215pm
zakiesqandar@hotmail.com
************************

Statistik Kandungan
Penuliszakiesqandar(klik lihat profail)
Markah Undian8
Populariti193
Tarikh2005-08-19

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.