Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Antara Kita...

Antara kita sebenarnya
ada satu jalinan yang berpadu
Antara kita hakikatnya
ada satu ukhuwah yang tersimpul utuh
dan antara kita maknawinya
telah ditakdirkan untuk bertemu
memadu kasih asmara
dalam lautan cinta nan bergelora...

Kuin...
aku tetap puteramu
dari dulu hingga hujung waktu
kerana antara kita
telah terciptanya dia...
puteri kasih indera kencana
yang keakuannya adalah
sebuah kerinduan yang suci lagi bersih...

Kuin...
ingin ku pohon sejuta kemaafan
andai aku leka dalam hubungan
andai aku abaikan belaian manja buatmu
andai aku terkeliru dengan kasihmu

Kuin...
aku sayang padamu
kerana keutuhannya makin kukuh dari dulu
kerana aku sedar pengorbananmu
kerana aku ikhlas mencintaimu...

Berikanlah titipan kasih mewangi
dalam kajang keikhlasan yang tertancap puitis
dalam sendu kasih yang mekar bersemi
dalam padu hatimu yang ikhlas memberi

Kuin...
Salam sayang untukmu
dari dulu hingga kini
dalam pada setiap kiraan waktu
dalam sukma hatiku yang tetap mencintai....

Terima kasih kuinku sayang!

*****************************************
NUKILAN:
Putera Zakiesqandar
zakiesqandar@gmail.com
IIC, KL
9.40am.
Lab E105

Statistik Kandungan
Penuliszakiesqandar(klik lihat profail)
Markah Undian9.09
Populariti230
Tarikh2005-09-13

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.