We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Surat Dari Shizuoka

by TiRaS on September 07, 1999 at 21:51:24:



Surat Dari Shizuoka


(nilai persahabatan)

Warkah dari si manis Satomi-san
tiba saat hati sarat gelora
katanya ingin bertandang buat seminggu dua
mandi peluh negara tropika sambil mencari senyum kita
jadi serba salah melanda
sejak pertemuan hujung 3 musim gugur lalu
bermacam kejadian telah menimpa diriku
dan dia tidak kuberitahu...

Sanggupkah kini aku menolak kunjungan
sedang dia ingin mengeratkan persahabatan
aku pula masih juga keluar masuk pusat rawatan
dapatkahkah pertemuan itu menggembirakan
ataukah hanya akan jadi medan tangisan
aku atau dia

Surat itu kubalas dengan poskad
dengan kasih dan kemesraan untuk seorang kawan
kupinta dia datang tahun hadapan
jika umurku masih panjang
tanpa sebarang penjelasan.

Tiras
Cepu Kencana
KL
8/9/99

 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti83
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.