Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

AKU DALAM SAJAK 2

by ARISEL BA on September 08, 1999 at 09:02:42:



AKU DALAM SAJAK 2


 AKU DALAM SAJAK 2

Suatu hari aku bacakan
Beberapa buku catatan
Kepada anak-anakku

Antara yang membius aku
Adalah kata-kata ayahku
Sebelum beliau menemui Allah

Katanya:
Nipiskanlah tamak halobamu
Dan singkatkan angan-anganmu

Lalu aku berkata kepada anak-anakku
Persis Luqman al-Hakim ra:
Hai anakku
Dunia itu adalah lautan
Manakala iman bagaikan perahu
Pelautnya adalah ketaat-setiaan
Dan pantainya bagaikan akhirat

Dan kata ayahku yang terakhir
Sebelum dia menemui Allah:
Kehidupan itu
Adalah kehidupan akhirat

Arisel ba
10 Ogos 1999
Sanggar Cempaka
Kuantan


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti101
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.