Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

AYAH: SEBUAH MEMORIAL

by ARISEL BA on September 25, 1999 at 20:41:06:



AYAH: SEBUAH MEMORIAL



ayah, Allah amat mengasihani
lalu menjemputmu kembali ke azali
tenang bersemadi di tepi Sungai Dong
di Kampung Durian Sebatang

engkau tinggalkan kami dari rahim tiga ibu
dalam pelbagai nasib dan wajah
doaku, kaupergi sepenuh iman
anak-anakmu yang ditinggalkan
tidak akan berpagut berebut harta
kerana harta, katamu, hiasan dunia belaka
ibadah kepada Allah,
ajarmu pada kami jadi obor di alam fana

ayah, aku merasa kesal sekali
kenapa di usia 94 tahun, engkau pergi
meninggalkan dunia fana ini
tanpa sempat melihat cucu dan cicitmu
berdiri tafakur menatap wajah layumu

ayah, walau aku tidak sempat
menatap wajahmu saat terakhir
namun sebelum ayah ditalkinkan
aku tetap berada di hujung kakimu
bagai si anak dhaif penuh dosa
hampir hilang pedoman di sisi Allah
mohon keampunan dan kredhaanmu
dalam keampuan dan keredhaan Allah
mujurlah iman dan takwaku
menjadi penyelamat diriku dan agamaku

arisel ba

1 Mac 1997
Kg. Gali Hilir,
Raub, Pahang



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian5.67
Populariti291
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.