Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

^LaGeNda PuTeRi BaLQiS^

by Mr CePuK on September 25, 1999 at 21:55:36:



^LaGeNda PuTeRi BaLQiS^



aku senyum bila..
balqis mula berbisik padaku;

^beragam bayang makna menyepi
untaian kata luahan hati^

lalu..
aku menoleh padanya
dan berkata;

^beragam bayang makna hakiki
untaian puisi dalam illusi^

kami berpandangan lalu tersenyum..
kerana yg pasti..
tiada himyar
tiada saba'
tiada naungan
tiadan panji
tiada segalanya
semuanya hancur ditelan zaman..

sayup-sayup
nyayian burung bulbul
menyebut asma Allah berulang-ulang
dahan pepohonan tuba bergoyang
semua teman membaca al-quran

tapi aku masih bersandar di sini
begitu juga balqis
mendengar dan meneliti

balqis..
gerak nadi langit telah kukenal
darah mengalir
di urat urat bulan pun telah kulihat
setiap malam kuratapi tujuan hidup manusia...
dan setiap malam jualah
terkoyak tabir rahsia

kini..
padulah hatiku merindukan jalanNYA
walaupun baru semalam..
kepalaku bercerai dari badan
kakiku tanganku hilang entah ke mana

aku gembira balqis
biar dibumi darahku bersimbah
tetap kuucapkan ana al-haqq
seperti al-hallaj
dan tahukah kau balqis
ditanganku kugenggam erat
surat balasan lailatul qadar..

balqis senyum dan berdoa;

^pada keesaan Tuhan kami beriman..
kami buang adat dan ajaran usang..
jika semuanya telah dinyahkan..^

wassalamm...

:)

*arri arriNa*



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti158
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.